Chimchimery chimchimeri singing along, bestnya lagu ini. Namun jika anda ingin membaca buku tentang kegembiraan seorang puteri diselamatkan oleh putera atau buku tentang rahsia kekayaan, maka anda boleh pergi ke kedai buku yang berdekatan anda untuk mendapatkannya.
Cerita yang bakal anda baca ini adalah sebuah cerita yang penuh dengan pengembaraan, kesedihan yang teramat sangat, kepayahan, kesungguhan, kegembiraan dan ketabahan seorang remaja menempuh cabaran sepanjang hidupnya. Nama aku Juhary Hj Julai. Sudah menjadi tugas aku untuk menceritakan kepada anda cerita sedih ini.
Cerita ini bermula ketika aku berusia 18 tahun. Ketika itu, aku melihat seorang remaja lelaki yang sungguh kurus, tiada penampilan menarik, bajunya koyak rabak, dan juga seorang yang miskin. Namun hatinya sungguh baik. Ini kerana pernah satu ketika aku melihatnya menolong orang tua melintas jalan. Ramai lagi orang lain yang lebih sihat dan segak daripadanya ketika itu, namun dia juga yang menolong orang tua itu melintas jalan. Namun pertolongannya bagai tidak dihargai sehingga dia dicemuh juga disebabkan penampilannya yang tidak kemas dan kotor. Padahal hatinya ikhlas untuk menolong orang tua yang hendak melintas jalan. Namun apakan daya. Sudah takdirnya. Sampai hati orang tua itu.
Dia juga pernah melepaskan ikan yang dalam kesusahan. Ikan itu terperangkap di dalam jala. Walaupun kalau nak diikutkan itu adalah rezeki dia, namun dia memilih untuk melepaskan ikan itu supaya ikan itu dapat hidup bebas. Lelaki yang aku maksudkan ini diberi nama Abdul Razak. Aku memanggilnya zak. Dia merupakan salah seorang rakan karib aku. Tambahan lagi hanya dialah kawan aku. Ketika susah, ketika senang, dia sahaja yang selalu berada disisi aku. Orang lain tidak mahu berkawan dengan kami kerana atas banyak sebab. Zak ni miskin, aku pun miskin itu lah antara sebab mengapa orang tidak mahu berkawan dengan kami.
Sebelum aku meneruskan cerita aku, ingin aku katakan disini, cerita ini adalah rekaan semata-mata. Kalau ada sesiapa yang terasa yang dialah zak, jangan kau nak perasan sebab ini hanyalah rekaan semata-mata. Minta maaf le kalau terasa. Langsung tidak terniat.
Pada satu hari, ketika aku dan zak pergi ke pantai untuk menikmati keindahan pantai, menyirup udara segar, menikmati angin yang kuat, pohon kelapa melambai-lambai, tiba-tiba kami telah didatangi oleh seorang pemuda yang pertengahan umurnya. Apa pemuda ni buat disini?? Biasanya bila pemuda ini datang, ia berkaitan tentang ada kematian berlaku. Pemuda ini diberi nama Pak Karim. Tapi hari ini, dia datang berjumpa zak dan aku. Apa sebenarnya berlaku? menjadi tanda tanya kepada aku dan zak. Siapa yang meninggal dunia?? Apa yang berlaku?? Aduyaiiii.
Pak Karim "Ermmmmmmmmm..." Mula-mula aku dan zak buat-buat tak tahu je ngan Pak Karim ni. Selepas tu Pak Karim berbunyi lagi, makin kuat "Ermmmmmmmmmmmmmmm..." Kami pun berpaling ke belakang. Zak berkata " Yes Pak Karim. Dah tak pandai bagi salam lagi ke??? Main Ermmmmmmmm je...hihihihihi" Aku ketawa bila zak berkata begitu. Apahal la budak ni tiba-tiba berani sangat dengan Pak Karim ni. Macam la dia sound budak kecik. Umur Pak Karim pun 3 kali ganda dari umurnya. Tak respek langsong la zak ni. Haiiiii..budak-budak yang baca buku ni, ambik pengajaran ye, jangan korang ikut stail zak ini.Nasib baik la Pak Karim ni baik orangnya.
Pak Karim " Aku ni nak sampai kan satu berita sedih dengan kau ni Zak." Zak " APAAAA?? Berita sedih?? Ish ish ish, Apa beritanya Pak Karim?" Zak bertanya pada Pak Karim. "Sebenarnya telah berlaku satu kebakaran di kampung kita tadi. Rumah Makcik Leha dan Makcik Jannah semuanya habis hangus terbakar. Termasuk jugalah rumah kau zak." kata Pak Karim. Terus zak bertanya lagi " Macamana dengan mak bapak aku?" Pak Karim tertunduk terus apabila mendengar soalan daripada zak itu. Dia tidak dapat menjawab soalan zak. Bukannya Pak Karim tidak dapat menjawab sebenarnya. Dari riak wajahnya aku tahu yang sebenarnya Pak Karim tidak sanggup untuk menjawab soalan itu. Aku melihat muka zak terus berubah.
Zak terus berlari sekuat hati
No comments:
Post a Comment