Bersyukur aku kehadrat Allah Yang Maha Penyayang yang mengurniakan aku hidup yang serba indah pada hari ini. Walaupun rezeki yang diperolehi tidaklah semewah kereta ferrari, namun aku tetap bersyukur kerana dapat jugak rezeki. Masih ada orang lain yang kurang bernasib baik seperti aku.
Hari ini, ketika aku sedang berniaga (macam biasala, menjual air soya cincau dan air limau mantak) kami didatangi oleh seorang pemuda. Pemuda ini sungguh istimewa bagi ku kerana dia adalah seorang yang tiada kaki. Dia datang ke bazaar ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa. Sebab itulah aku katakan tadi, ada ramai lagi yang tidak bernasib baik diluar sana. Maka seharusnya kita semua bersyukur kerana ada tangan dan kaki.
Melihat keadaan itu, aku tanpa was-was memberikan air soya cincauku kepadanya. Dia ingin juga untuk membayar air itu tetapi aku dengan lantang menolak pemberian daripadanya kerana niatku ikhlas kerana Allah. Aku amat bersyukur atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah. I love u Ya Allah.
Mari kita semua angkat tangan :
"Ya Allah, berkatilah rezeki kurniamu ini dan selamatkanlah kami dari seksaan api neraka. Masukkan kami kedalam Syurgamu Ya Allah. Kami amat bersyukur atas segala nikmat yang kau berikan Ya Allah walaupun sikit ataupun banyak, kami benar-benar bersyukur. Amin"
Wahai saudara/i ku, bersyukurlah ye. Kalau anda merasa hidup anda susah, maka ketahuilah ada lagi orang yang lebih susah daripada kita. Ok bye. Jumpa lagi ye..Kepada yang tanya pasal isteriku yati, dia sihat walafiat dan makin gembira. Doakan kami bahagia dan dapat anak yang soleh atau solehah.
No comments:
Post a Comment