Thursday, August 11, 2011

Sedihnye..namun orang katakan Jangan bersedih

Sedih da jak rasa hari ini.Macam-macam perkara yang tak berasa best bagi aku berlaku hari ini. Biarlah kesedihan ini aku je yang rasa ye. Korang semua tak payahla nak merasa jugak. Terasa sedihnya sungguh perit untuk dirasai.

Namun ada juga insan yang baik memberi nasihat supaya aku jangan bersedih kerana perkara yang disedihkan itu hanyalah sementara. Aku terima nasihat itu dengan seadanya. Terima kasih kawan.

Begitulah kehidupan di dunia ini. Kadangkala kita ni hidup ibarat roda. Sekejap kita di atas, sekejap pula kita berada di bawah. Jadi ketika anda sedang berseronok, beringatlah bahawa akan tiba masanya anda akan bersedih sebab langit tidak selalunya mendung. Sekarang asyik hujan dipetang hari di bumi Sarawak yang ku cintai ini. Walaupun dalam keadaan sedih, namun aku tidak akan melupai tanggungjawab aku kepada anda semua iaitu doa.

Mari angkat tangan semua, kita berdoa :
Ya Allah Tuhan Penguasa Segala Makhluk, aku dan rakanku berdoa kepada Mu Ya Allah agar kau tolong kami di dunia ini. Jauhkan kami dari sebarang kesedihan, kecelakaan, kesengsaraan Ya Allah. Hanya Engkaulah tempat kami memohon pertolongan. Tukarkanlah kesedihan kami kepada kegembiraan Ya Allah. Kami bersyukur atas segala nikmat yang kau berikan Ya Allah. Maka masukkanlah kami ke dalam SyurgaMu yang kami rindui itu. Amin Ya Rabbal Alamin..

Ok la saudara/i, moga kita semua sihat dan bahagia menempuh hari-hari yang mendatang ye. Assalamualaikum..Jangan lupa daftar sebagai rakan doa ku ye..aku akan bantu berdoa untuk kita sama-sama masuk ke syurga Allah setiap masa dan hari.

No comments:

Post a Comment