Huiyooo..penat jugak hari ini. Seronok rasanya selepas berhempas pulas sambil dipukul hujan lebat dan ribut taufan semasa berniaga di bazaar ramadhan di Kota Samarahan. Yang bestnya, walaupun hari hujan namun pelanggan tetap berpusu-pusu pergi ke bazaar untuk mendapatkan makanan dan minuman untuk berbuka. Perniagaan aku hari ini kurang menyengat dan terbantut disebabkan oleh hujan. Namun bagiku itu semuanya ujian Ilahi yang harus aku pelajari.
Allah sebenarnya ingin memberi kita lebih pahala dengan memberi banyak lagi ujian hidup. Semakin banyak ujian diberikan kepada kita, semakin dekat kita kepada Allah dan Dia juga semakin sayang pada kita. Syukur dan Terima Kasih kepada Allah Yg Maha Penyayang. Aku sayang Allah.
Buat pengetahuan semua, aku menjual air soya + cincau = sincau. Sedap dan manis. Sesuai diminum ketika haus untuk berbuka puasa woooo. Aku juga menjual air limau mantak..kalau anda tak tau limau mantak, tanya dengan budak Sarawak, pastinya dia tahu. Air ni pun, huiyooooo memang sedap woooo..Sungguh menyegarkan.
Selain itu juga, aku hari ini belajar sesuatu tentang sedekah. Betapa leganya hati apabila kita bersedekah. Namun harus diingat, nak sedekah biarlah ikhlas. Tetapkan hati diniatkan sedekah kerana Allah agar sedekah kita diterima olehNya. Terima atau tidak, itu adalah urusan Allah. Aku bersyukur kerana dapat bersedekah hari ini. Best rasanya.
Itu saja nukilan aku untuk hari ni. Esok kita jumpa lagi ye..Selamat berpuasa untuk esok hari. Sedar tak sedar, esok dah hari ke 5 tu..tak rasa woooo..
No comments:
Post a Comment