Tuesday, July 24, 2012

Nunggu Zohor lok ritok

Selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan yang mengenali aku..Syukur pada Allah atas segala nikmatnya. Aritok dah posa yang ke 5 dah..xberasa sangat puasa kali ni. rilek je rasa. tapi nikmat puasa masih lagi dirasai. Aku tok alang-alang nak pegi ke kedei, nunggu zohor lok...bukan lamak jak gik..kejap gik dah masuk waktu...ya lah best bulan ramadan, setan xda.. jadi semayang pun khusyuk dan xtinggal..best da jak..mun bulan xposa tek, nang macam-macam jak la dugaan.

Wednesday, March 7, 2012

Buku

Chimchimery chimchimeri singing along, bestnya lagu ini. Namun jika anda ingin membaca buku tentang kegembiraan seorang puteri diselamatkan oleh putera atau buku tentang rahsia kekayaan, maka anda boleh pergi ke kedai buku yang berdekatan anda untuk mendapatkannya.

Cerita yang bakal anda baca ini adalah sebuah cerita yang penuh dengan pengembaraan, kesedihan yang teramat sangat, kepayahan, kesungguhan, kegembiraan dan ketabahan seorang remaja menempuh cabaran sepanjang hidupnya. Nama aku Juhary Hj Julai. Sudah menjadi tugas aku untuk menceritakan kepada anda cerita sedih ini.

Cerita ini bermula ketika aku berusia 18 tahun. Ketika itu, aku melihat seorang remaja lelaki yang sungguh kurus, tiada penampilan menarik, bajunya koyak rabak, dan juga seorang yang miskin. Namun hatinya sungguh baik. Ini kerana pernah satu ketika aku melihatnya menolong orang tua melintas jalan. Ramai lagi orang lain yang lebih sihat dan segak daripadanya ketika itu, namun dia juga yang menolong orang tua itu melintas jalan. Namun pertolongannya bagai tidak dihargai sehingga dia dicemuh juga disebabkan penampilannya yang tidak kemas dan kotor. Padahal hatinya ikhlas untuk menolong orang tua yang hendak melintas jalan. Namun apakan daya. Sudah takdirnya. Sampai hati orang tua itu.

Dia juga pernah melepaskan ikan yang dalam kesusahan. Ikan itu terperangkap di dalam jala. Walaupun kalau nak diikutkan itu adalah rezeki dia, namun dia memilih untuk melepaskan ikan itu supaya ikan itu dapat hidup bebas. Lelaki yang aku maksudkan ini diberi nama Abdul Razak. Aku memanggilnya zak. Dia merupakan salah seorang rakan karib aku. Tambahan lagi hanya dialah kawan aku. Ketika susah, ketika senang, dia sahaja yang selalu berada disisi aku. Orang lain tidak mahu berkawan dengan kami kerana atas banyak sebab. Zak ni miskin, aku pun miskin itu lah antara sebab mengapa orang tidak mahu berkawan dengan kami.

Sebelum aku meneruskan cerita aku, ingin aku katakan disini, cerita ini adalah rekaan semata-mata. Kalau ada sesiapa yang terasa yang dialah zak, jangan kau nak perasan sebab ini hanyalah rekaan semata-mata. Minta maaf le kalau terasa. Langsung tidak terniat.

Pada satu hari, ketika aku dan zak pergi ke pantai untuk menikmati keindahan pantai, menyirup udara segar, menikmati angin yang kuat, pohon kelapa melambai-lambai, tiba-tiba kami telah didatangi oleh seorang pemuda yang pertengahan umurnya. Apa pemuda ni buat disini?? Biasanya bila pemuda ini datang, ia berkaitan tentang ada kematian berlaku. Pemuda ini diberi nama Pak Karim. Tapi hari ini, dia datang berjumpa zak dan aku. Apa sebenarnya berlaku? menjadi tanda tanya kepada aku dan zak. Siapa yang meninggal dunia?? Apa yang berlaku?? Aduyaiiii.

Pak Karim "Ermmmmmmmmm..." Mula-mula aku dan zak buat-buat tak tahu je ngan Pak Karim ni. Selepas tu Pak Karim berbunyi lagi, makin kuat "Ermmmmmmmmmmmmmmm..." Kami pun berpaling ke belakang. Zak berkata " Yes Pak Karim. Dah tak pandai bagi salam lagi ke??? Main Ermmmmmmmm je...hihihihihi" Aku ketawa bila zak berkata begitu. Apahal la budak ni tiba-tiba berani sangat dengan Pak Karim ni. Macam la dia sound budak kecik. Umur Pak Karim pun 3 kali ganda dari umurnya. Tak respek langsong la zak ni. Haiiiii..budak-budak yang baca buku ni, ambik pengajaran ye, jangan korang ikut stail zak ini.Nasib baik la Pak Karim ni baik orangnya.

Pak Karim " Aku ni nak sampai kan satu berita sedih dengan kau ni Zak." Zak " APAAAA?? Berita sedih?? Ish ish ish, Apa beritanya Pak Karim?" Zak bertanya pada Pak Karim. "Sebenarnya telah berlaku satu kebakaran di kampung kita tadi. Rumah Makcik Leha dan Makcik Jannah semuanya habis hangus terbakar. Termasuk jugalah rumah kau zak." kata Pak Karim. Terus zak bertanya lagi " Macamana dengan mak bapak aku?" Pak Karim tertunduk terus apabila mendengar soalan daripada zak itu. Dia tidak dapat menjawab soalan zak. Bukannya Pak Karim tidak dapat menjawab sebenarnya. Dari riak wajahnya aku tahu yang sebenarnya Pak Karim tidak sanggup untuk menjawab soalan itu. Aku melihat muka zak terus berubah.

Zak terus berlari sekuat hati

Kawan??

Kawan?? apa makna kawan sebenarnya?? siapakah yg layak digelar kawan?? bagi aku kawan tok ada macam2. Ada kawan baik dan ada kawan biasa. Ada jugak kawan yang tak baik. Tapi persoalan utk diriku skrg adalah siapakah kawan baik aku? Adakah aku ada kawan baik?? pada saat aku menulis blog ini, aku rasa aku kesunyian namun hatiku tenang. Tiada kawan malah tiada orang disekeliling aku.

Ini membawa maksud, sebenarnya aku ni langsong tiada kawan baik. Kawan baik adalah seorang yang baik, jujur dan amanah dengan kita. Seorang kawan yg baik akan membawa kita ke arah kebaikan. Itu barulah di namakan kawan. Sedih jugak aku sekarang ni sebab baru aku tau yg aku sebenarnya keseorangan.

Teringin jugak rasanya nak mencari kawan yg baik. Yg betul2 baik la. Siapakah agaknya yg bertuah menjadi kawanku nanti. Tengokla nanti. Aku biarkan qada dan qadar Allah yg menentukannya..

Aku suka ni..

Sapa madah herbalife mahal??mahal lagik makanan ktk org ambik hari2 ya...n mahal lagik bila segala penyakit dtg punca dr permakanan xsihat... :)

Memang betul. Kebanyakan daripada kita lebih suka memilih makanan tidak sihat berbanding dengan makanan yg sihat. Sedangkan makanan yg sihat ini lebih murah daripada makanan yg tidak sihat dimakan.

Secara realitinya, kini daripada 5 orang, 4 orang mengalami obesiti. Ini berlaku kerana pengambilan makanan yg tidak sihat setiap hari menyebabkan obesiti yg akan mengundang pelbagai jenis penyakit seperti diabetes, darah tinggi, strok dan sebagainya.

Jadi sedarilah rakan2ku sekalian. Tukarkan tabiat makan anda kepada makanan seimbang berkhasiat Herbalife. Untuk kesihatan anda sepanjang hayat. Bukannya mahal pun. Kalau mahal pun disebabkan korang adalah distributor biasa. Jadi korang kena jadilah supervisor macam aku. Dapatla murah..hehehe..korang pilih la sendiri. Nak mahal ke murah..

Stress??? Apa celop...

Bismillah..Hari ini aku baca sebuah kisah guru yg terlalu stress sehingga berlaku pendarahan di dalam otak. Astagfirullah. Ape celop..Kesian tengok guru ni. Stress yg melampau sangat sehingga terjadi begitu..Wahai guru-guru seluruh Malaysia, jgn la stress sgt. Org lain pun kerja jugak, xda la stress mcm korang semua. Rilek2 le dan bykkan senyum dan bergembira. Ni tak, sikit2 kelam kabut. Habis semua org lain disalahkan. Muka pun asyik nak marah2 je. Mane tak Stress.

Aku pun byk kerja tapi aku buat dgn tenang. Ketenangan itu yg penting. Enjoy yourlife. Gaji korang semua besar lagi dari org lain, ape nak stress. Dah nasib gaji besar, tanggungjawab pun besar le. Kalau tak nak stress, ambik kerja yg senang senang sikit. Gaji kecik. Nak???

Pesanan hamba kepada guru-guru sekalian, jaga kesihatan anda. Ambillah supplemen2 yg boleh membantu anda. Kalau tak tau supplemen apa nak ambik, Nah cubalah F1 shake Herbalife untuk sarapan pagi ANDA. 2 sudu + 300ml air + goncang goncang goncang+ 3 botol air mineral besar sehari. InsyaAllah, anda tidak akan STRESS sampai bila2.

Tuesday, March 6, 2012

Di Mana Anda 5 tahun dari sekarang?

Bismillah..Asyik lupa je tulis bismillah sebelum memulakan sesuatu.

Persoalan ini selalu aku tanyakan pada diri aku. Di mana aku 5 tahun dari sekarang. Setelah 4 tahun aku menjalankan bisnes, ada jugak la pencapaian yg boleh dibanggakan oleh aku. Aku ada 3 buah kedai gunting yang stabil dengan income purata setiap bulan RM1500. Yang menariknya aku xperlu nak bekerja. Hanya berjalan jalan pun ada jugak income. Ni kira income jadi Manager la. Syukur. Namun adakah ia mencukupi?? Seriusly aku katakan, belum lagi cukup. Ini cukup makan je la. Abis abis bila tiba ujung bulan, semuanya habis dan xada untuk simpanan. Betul betul cukup utk makan hari hari, bayar kereta, bayar bil letrik & byr minyak moto. Nak beli baju pun, rasa malas nak beli sebab sikit sangat. Kalau xbersyukur nanti, dikatakan kufur. Ya x? Jadi aku bersyukur.

Namun syukur sahaja tidaklah mencukupi. Jadi aku tanya pada diriku sendiri, What should i do? Apa harus aku lakukan lagi untuk menambahkan lagi pendapatan aku? Kalau nak korbankan duit RM1500 ni utk jalankan bisnes, nanti kereta xdbyr pulak, bil letrik xdibayar pulak, makan pun xdpt makan. Nak bukak kedai baru pun, mana cukup. Apa la sgt RM1500 tu. Pening kepala juga aku memikirkannya.

Walaupun aku susah, namun aku tahu ramai lagi insan diluar sana yg lebih susah daripada aku. Inilah antara sebabnya aku amat amat amat amat amat bersyukur. TQ Allah.

Di Mana anda 5 tahun dari sekarang??
Dari segi pendapatan? Dari segi kesihatan? dari segi gaya hidup? dari segi kawan? Dari segi bisnes? Di mana anda??

Ini jawapan aku. Ini ikhlas dari hati aku. Dari segi pendapatan, dah 4 tahun aku jalan bisnes, baru RM1500. Aku dah mula rasa bosan dengan pendapatan ini. Jadi dari sekarang, aku mesti berusaha utk meningkatkan pendapatan aku. Dari RM1500 akan menjadi RM150,000. 5 tahun dari sekarang, aku akan ada pendapatan RM150,000. Itulah impian aku. Jadi, aku kena bermula pada hari ini.

Dari segi kesihatan aku mahu hidup dengan penuh sihat dan bertenaga. Lebih bertenaga dari hari ini. Walaupun aku sekarang tidaklah sakit, syukur pada Allah kerana memberikan kesihtan kepada aku. Namun 5 tahun akan datang, aku mahu senantiasa sihat. TQ Allah TQ herbalife.

Dari segi gaya hidup, aku mahu melancong ke seluruh dunia. Antara negaranya adalah Thailand, Indonesia, Singapore, London, Paris, Mekah, Bali, Air terjun Niagara Fall, Tembok besar China.

Dari segi kawan, aku mahu ramai lagi kawan. Sekarang, aku rasakan aku tiada kawan pun. Kesian, macam xda kawan je rasa walaupun sebenanya adala. Tapi yg aku maksudkan kawan yg sejati. Yg memahami kehendak aku, kesukaan aku, aktiviti aku. Sedih. Tapi sebenarnya kita didunia ini tidak keseorangan, kita ada Allah yg sentiasa melihat kita. Malaikat di kiri & kanan yg sentiasa menulis amalan kita. Itulah kawan kita dan kawan aku.

Dari segi bisnes, aku mahu ada 10 buah kedai gunting rambut. sekrang 3 perlu tambah lagi 7. Ni yg paling mencabar. aku dulu ingatkan senang nk bukak byk cwgn, cukup susah. Nak bukak senang, nak membuatnya maju, cukup sukar. Aku inginkan bisnes yg best yg tidak perlu aku kerja tp aku yg dpt duit. Best sungguh bisnes begini. Ini adalah bisnes untuk org bijak.

Impian sudah ada. Namun bagaimana nak memulakannya??? Apa yg harus dilakukan??? Dari sekarang??
Inilah persoalan yg memeningkan kepala aku. Ada sesiapa boleh bantu??? I dont think sooooo..No one can help you. Theres only one person can help which is YOU...

"Ya Allah, aku bermohon padaMu agar kau tunaikanlah impian aku ini cepat2. Berilah aku hidayah untuk mencapainya. Amin amin ya rabbal alamin"

Monday, March 5, 2012

Bermacam cara nak cari rezeki

Semalam, aku dan bapaku pergi ke kota samarahan. Membuka booth di sana. Memang telah menjadi kebiasaan kami berdua membuka booth di kota samarahan pada setiap hari isnin. Jadi kami bertolak dari kuching pada lebih kurang kol 10.30 dan tiba di kota samarahan jam 11.00..

Jadi perjalanan ke sana semuanya lancar. xda apa2 yg menarik berlaku. Kami pun membuka booth mcm biasa la. booth kami berada di desa ilmu bersebelahan dengan TAKA dan kedai adikku (Kedai gunting rambut do re mi). Tapi adik aku xada dikedai pada hari itu kerana katanya dia ada keja lain..aku pun xkisah sangat la sebab misi aku dan bapak aku adalah tuk membuka booth di sana untuk menjual produk penyelesaian kepada masalah berat badan, sakit jantung, sakit lutut, migrain, gaot, sembelit dan sebagainya.

Jadi, aku ada target aku sendiri pada hari itu iaitu aku mesti bercakap dengan 10 orang..Dengan penuh bersemangat aku cuba untuk mencari sesiapa saja utk aku ckpkan kebaikan produk. Namun susah jugak. Nak cari org 10 org pun susah. Tunggu punya tunggu, tunggu punya tunggu..akhirnya ada jugak org yang lalu lalang mahu utk dijadikan bahan bercakap kami dan menerangkan ttg kebaikkan produk kesihtan kami. Tapi kami tidak dpt menjual apa2 pun pada hari itu. Puas hati ada kecewa pun ada setelah abis membuka booth.

Orang nak menggunting rambut byk dtg. Sorang demi seorang datang hendak menggunting rambut. pada mulanya aku malas nak gunting rambut org ni sebab aku xmau baju aku dipenuhi dengan rambut disebabkan xada apron. Namun setelah beberapa ketika, aku berfikir dan merenung, bagus aku hentam aje org gunting rambut ni. Xdpt jual herbalife, dpt gunting rambut org pun dapat jugak duit sikit. Jadi aku pun berkata kepada ayah aku, aku gunting, bapak timbang org yg menunggu. Jadi bapak aku ckp, OK..Jadi aku pun mula menggunting rambut seorang pelanggan. Oleh kerana dah lama xberlatih menggunting rambut org, jadi mulanya aku rasa kekok sedikit. tapi bila dah lama2, dah semakin OK.

Lepas dtg sorang, dtg lagi sorang. Aku mula rasa best sebab aku terasa duit dlm poket pada mulanya kosong kini semakin tebal. Fuhhhh..Alhamdulillah..Pelanggan dtang tanpa berhenti..dari pukul 2.30 aku mula menggunting sampaila pukul 6 petang..huiyoooo..aku rasa poket aku semakin tebal..

Bila jam dah menunjukkan pukul 6, jadi aku pun mula menghentikan org dtg untuk menggunting rambut. setelah selesai semua, aku xsabar nak menggira berapa pendapatan aku hari tu..Jadi aku pun cepat2 menolong bapaku mengemaskan semua benda. Setelah selesai semua, aku menggiranya..bila aku keluarkan dari poket aku duit tu, NAHHHH segenggam duit..kira punya kira, aku dpt RM80 dlm masa 4 jam sahaja..berbaloi jugak la sebab modal aku kosong..huiyoooo..best jugak..

Inila dikatakan rezeki ada dimana2..bukan hanya di Herbalife, tapi dimana2..Namun aku katakan, jika anda hendak menceburi perniagaan, baik anda cuba Herbalife. Jangan Cuba, Buat betul2..sebab rezeki gunting lain, rezeki Herbalife lain. Yg paling penting, ingatlah baik apa juga cara anda mencari rezeki ingatlah yg rezeki itu datangnya daripada ALLAH SWT yg aku cintai..I LOVE YOU ALLAH...TQ ALLAH..

Herbalife memang satu perniagaan yang baik utk diceburi oleh semua kerana ia mementingkan Kekeluargaan, membantu org lain menjadi sihat dan yg sihat menjadi semakin sihat. Niat yg baik, ingin membantu org lain telah memberikan aku kekuatan utk menjalankan bisnes ini. InsyaALlah DIA akan membantu anda. Bagi aku, walaupun aku xdpt jual produk herbalife semalam namun aku fikir aku perlu bersabar kerana ALLAH akan bersama aku selepas ini kerana ALLAH suka org yg sabar..