Bismillah..Asyik lupa je tulis bismillah sebelum memulakan sesuatu.
Persoalan ini selalu aku tanyakan pada diri aku. Di mana aku 5 tahun dari sekarang. Setelah 4 tahun aku menjalankan bisnes, ada jugak la pencapaian yg boleh dibanggakan oleh aku. Aku ada 3 buah kedai gunting yang stabil dengan income purata setiap bulan RM1500. Yang menariknya aku xperlu nak bekerja. Hanya berjalan jalan pun ada jugak income. Ni kira income jadi Manager la. Syukur. Namun adakah ia mencukupi?? Seriusly aku katakan, belum lagi cukup. Ini cukup makan je la. Abis abis bila tiba ujung bulan, semuanya habis dan xada untuk simpanan. Betul betul cukup utk makan hari hari, bayar kereta, bayar bil letrik & byr minyak moto. Nak beli baju pun, rasa malas nak beli sebab sikit sangat. Kalau xbersyukur nanti, dikatakan kufur. Ya x? Jadi aku bersyukur.
Namun syukur sahaja tidaklah mencukupi. Jadi aku tanya pada diriku sendiri, What should i do? Apa harus aku lakukan lagi untuk menambahkan lagi pendapatan aku? Kalau nak korbankan duit RM1500 ni utk jalankan bisnes, nanti kereta xdbyr pulak, bil letrik xdibayar pulak, makan pun xdpt makan. Nak bukak kedai baru pun, mana cukup. Apa la sgt RM1500 tu. Pening kepala juga aku memikirkannya.
Walaupun aku susah, namun aku tahu ramai lagi insan diluar sana yg lebih susah daripada aku. Inilah antara sebabnya aku amat amat amat amat amat bersyukur. TQ Allah.
Di Mana anda 5 tahun dari sekarang??
Dari segi pendapatan? Dari segi kesihatan? dari segi gaya hidup? dari segi kawan? Dari segi bisnes? Di mana anda??
Ini jawapan aku. Ini ikhlas dari hati aku. Dari segi pendapatan, dah 4 tahun aku jalan bisnes, baru RM1500. Aku dah mula rasa bosan dengan pendapatan ini. Jadi dari sekarang, aku mesti berusaha utk meningkatkan pendapatan aku. Dari RM1500 akan menjadi RM150,000. 5 tahun dari sekarang, aku akan ada pendapatan RM150,000. Itulah impian aku. Jadi, aku kena bermula pada hari ini.
Dari segi kesihatan aku mahu hidup dengan penuh sihat dan bertenaga. Lebih bertenaga dari hari ini. Walaupun aku sekarang tidaklah sakit, syukur pada Allah kerana memberikan kesihtan kepada aku. Namun 5 tahun akan datang, aku mahu senantiasa sihat. TQ Allah TQ herbalife.
Dari segi gaya hidup, aku mahu melancong ke seluruh dunia. Antara negaranya adalah Thailand, Indonesia, Singapore, London, Paris, Mekah, Bali, Air terjun Niagara Fall, Tembok besar China.
Dari segi kawan, aku mahu ramai lagi kawan. Sekarang, aku rasakan aku tiada kawan pun. Kesian, macam xda kawan je rasa walaupun sebenanya adala. Tapi yg aku maksudkan kawan yg sejati. Yg memahami kehendak aku, kesukaan aku, aktiviti aku. Sedih. Tapi sebenarnya kita didunia ini tidak keseorangan, kita ada Allah yg sentiasa melihat kita. Malaikat di kiri & kanan yg sentiasa menulis amalan kita. Itulah kawan kita dan kawan aku.
Dari segi bisnes, aku mahu ada 10 buah kedai gunting rambut. sekrang 3 perlu tambah lagi 7. Ni yg paling mencabar. aku dulu ingatkan senang nk bukak byk cwgn, cukup susah. Nak bukak senang, nak membuatnya maju, cukup sukar. Aku inginkan bisnes yg best yg tidak perlu aku kerja tp aku yg dpt duit. Best sungguh bisnes begini. Ini adalah bisnes untuk org bijak.
Impian sudah ada. Namun bagaimana nak memulakannya??? Apa yg harus dilakukan??? Dari sekarang??
Inilah persoalan yg memeningkan kepala aku. Ada sesiapa boleh bantu??? I dont think sooooo..No one can help you. Theres only one person can help which is YOU...
"Ya Allah, aku bermohon padaMu agar kau tunaikanlah impian aku ini cepat2. Berilah aku hidayah untuk mencapainya. Amin amin ya rabbal alamin"
No comments:
Post a Comment