Ya. Hari ini hari Jumaat. Sungguh tidak disedari, sungguh cepat masa berlalu. Macam baru semalam je hari Jumaat. Pantasnya. Hari ini aku solat Jumaat bersama-sama saudara-saudara Islam di Kawasan Samarahan. Khutbah Jumaat hari ini bertajuk, Semarakkan bacaan Al-Quran Ketika Bulan Ramadan. Best tu tajuk dia. Sungguh mendalam. Namun adakah anda menyemarakkan bacaan Al-Quran di bulan yang penuh barkat ini? Harapannya agar anda semua menggunakan kesempatan ini untuk menambah banyak lagi pahala ye.
Anda juga boleh dapat pahala 24 jam dengan daftar ke blog saya ini. Ye. Rugi tak daftar. Pahala percuma tu. Di Jana 24 jam sehari, 365 hari setahun. Wah hebatnya. Walaupun anda mati esok hari, namun pahala tetap akan bertambah-tambah. Ruginya tak daftar. Jadi cepat-cepatlah ye wahai rakan seislam ku.
Oh ye, nak tanya korang ni. Korang tengok tak bulan malam ni? Huiyooo..eh, Subhanallah. Sungguh mempersonakan. Bulan penuh tu. Cantiknya kekuasaaan Allah.
Mari angkat tangan sama-sama kita berdoa : (rasanya termakbul malam ni)
Ya Allah Ya Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Agung, Pencipta Alam Yang Serba Indah Ini, kami menadah tangan memohon kepadamu agar kau ampunkanlah segala dosa kami Ya Allah. Limpahkan kesejahteraan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad dan Ahli Keluarga Baginda serta Para-para sahabatnya. Ya Allah, kurniakanlah kami rezeki darimu Ya Allah. Kami amat bersyukur atas segala nikmat yang kau berikan Ya Allah. Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemberi Rezeki. Amin Ya Rabbal Alamin...
Moga doa kita dimakbulkan ye. Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment