Alamak, semakin hari semakin merosot jualan di bazaar ramadan. Ape yang harus aku lakukan ye?? Ini kena panggil Wonderpet ni. Jual bapak aku pun merosot. Ooooo orang Samarahan, datanglah ke bazaar ramadan ramai-ramai dan belilah air soya cincau dan air limau aku abis-abis ye. Dapat aku jadi kaya hari raya ini. Hahahahaha.. Namun, itu semua hanya sementara. Sabar aje la. Ini lah dugaan dalam kita membuat bisnes. Kadang-kadang naik, kadang-kadang turun. Kadang-kadang meletup macam roket, kadang-kadang menjunam macam orang bunuh diri. Aaaaa..begitulah kisahnya orang berniaga.
Bukan senang nak senang, dan juga bukan susah nak susah. Itu adalah pilihan anda. Kalau anda nak senang, anda kena usaha lebih. Kalau anda nak susah, ambik cangkul, korek tanah, tanam diri anda sendiri. Senang hidup di dunia, namun tidak senang di Akhirat sana kerana kita tidak boleh membunuh diri tau. Bahaya tu. Jasad orang yang bunuh diri, tidak akan diterima oleh bumi.
Jadi mari kita angkat tangan sama-sama :
"Ya Allah, Selamatkanlah kami dari dugaan dunia ini. Berikanlah kami kesejahteraan, kebahagiaan dan juga kekayaan dalam menempuh dunia ini. SesungguhNya kaulah yang memberi rezeki. Jika kau mahu, kau hanya perlu berfirman JADI maka Jadilah ia. Limpahkanlah kekayaanMU kepada kami Ya Allah Tuhan Sekalian Alam. AMIN"
Selesai sudah doa kita pada hari ini. Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment