Wahai rakan-rakanku yang sesama muslim, cepatlah bersahur dan janganlah anda tidur lagi. Tunaikan kewajiban solat subuh dulu dan selepas itu barulah tidur. Hehehe. Itulah pesanku pagi ini.
Ramai dikalangan kita ni, lepas sahur pastu tidur balik. Tak solat subuh. Apa la berat sangat nak solat subuh wahai saudara/i ku? Memang kebanyakan kita ni pelik, kalau puasa dapat pulak tapi solat tinggal. Puasa ambik masa 13 jam boleh ditunaikan namun solat 5 minit je untuk 1 solat didarab dengan 5 jadi 25 minit je. Tak sampai pun sejam tapi susah sangat nak ditunaikan. Pelikkan? Cuba-cubala anda fikirkan ye.
Dalam puasa pada tahun ini, marilah kita sama-sama menunaikannya dengan bersungguh-sungguh supaya amalan kita ini dapat membantu kita di Akhirat kelak. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa orang-orang yang berpuasa. Jadi siapa tak puasa, Allah tak ampunkan dosanya. Rugi woooo.
Angkat tangan kita berdoa : "Ya Allah, ampunkan segala dosaku dan juga dosa kedua ibu-bapaku dan juga dosa semua orang yang membaca blog ini. Limpahkan rezeki Mu kepada kami agar kami dapat menjalankan kehidupan ini dengan sempurna. Kami bersyukur padaMu Ya Allah atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami. Masukkan kami semua ke dalam syurgaMu. Aminnn.
Ingat pesanku tadi, Solat SUBUH dulu ye. Pastu nak tidur, maka tidurla. Carilah ketenangan dalam menunaikan solat. Bila anda dapat ketenangan, pasti anda akan dapat kejayaan.
No comments:
Post a Comment