Monday, March 5, 2012

Bermacam cara nak cari rezeki

Semalam, aku dan bapaku pergi ke kota samarahan. Membuka booth di sana. Memang telah menjadi kebiasaan kami berdua membuka booth di kota samarahan pada setiap hari isnin. Jadi kami bertolak dari kuching pada lebih kurang kol 10.30 dan tiba di kota samarahan jam 11.00..

Jadi perjalanan ke sana semuanya lancar. xda apa2 yg menarik berlaku. Kami pun membuka booth mcm biasa la. booth kami berada di desa ilmu bersebelahan dengan TAKA dan kedai adikku (Kedai gunting rambut do re mi). Tapi adik aku xada dikedai pada hari itu kerana katanya dia ada keja lain..aku pun xkisah sangat la sebab misi aku dan bapak aku adalah tuk membuka booth di sana untuk menjual produk penyelesaian kepada masalah berat badan, sakit jantung, sakit lutut, migrain, gaot, sembelit dan sebagainya.

Jadi, aku ada target aku sendiri pada hari itu iaitu aku mesti bercakap dengan 10 orang..Dengan penuh bersemangat aku cuba untuk mencari sesiapa saja utk aku ckpkan kebaikan produk. Namun susah jugak. Nak cari org 10 org pun susah. Tunggu punya tunggu, tunggu punya tunggu..akhirnya ada jugak org yang lalu lalang mahu utk dijadikan bahan bercakap kami dan menerangkan ttg kebaikkan produk kesihtan kami. Tapi kami tidak dpt menjual apa2 pun pada hari itu. Puas hati ada kecewa pun ada setelah abis membuka booth.

Orang nak menggunting rambut byk dtg. Sorang demi seorang datang hendak menggunting rambut. pada mulanya aku malas nak gunting rambut org ni sebab aku xmau baju aku dipenuhi dengan rambut disebabkan xada apron. Namun setelah beberapa ketika, aku berfikir dan merenung, bagus aku hentam aje org gunting rambut ni. Xdpt jual herbalife, dpt gunting rambut org pun dapat jugak duit sikit. Jadi aku pun berkata kepada ayah aku, aku gunting, bapak timbang org yg menunggu. Jadi bapak aku ckp, OK..Jadi aku pun mula menggunting rambut seorang pelanggan. Oleh kerana dah lama xberlatih menggunting rambut org, jadi mulanya aku rasa kekok sedikit. tapi bila dah lama2, dah semakin OK.

Lepas dtg sorang, dtg lagi sorang. Aku mula rasa best sebab aku terasa duit dlm poket pada mulanya kosong kini semakin tebal. Fuhhhh..Alhamdulillah..Pelanggan dtang tanpa berhenti..dari pukul 2.30 aku mula menggunting sampaila pukul 6 petang..huiyoooo..aku rasa poket aku semakin tebal..

Bila jam dah menunjukkan pukul 6, jadi aku pun mula menghentikan org dtg untuk menggunting rambut. setelah selesai semua, aku xsabar nak menggira berapa pendapatan aku hari tu..Jadi aku pun cepat2 menolong bapaku mengemaskan semua benda. Setelah selesai semua, aku menggiranya..bila aku keluarkan dari poket aku duit tu, NAHHHH segenggam duit..kira punya kira, aku dpt RM80 dlm masa 4 jam sahaja..berbaloi jugak la sebab modal aku kosong..huiyoooo..best jugak..

Inila dikatakan rezeki ada dimana2..bukan hanya di Herbalife, tapi dimana2..Namun aku katakan, jika anda hendak menceburi perniagaan, baik anda cuba Herbalife. Jangan Cuba, Buat betul2..sebab rezeki gunting lain, rezeki Herbalife lain. Yg paling penting, ingatlah baik apa juga cara anda mencari rezeki ingatlah yg rezeki itu datangnya daripada ALLAH SWT yg aku cintai..I LOVE YOU ALLAH...TQ ALLAH..

Herbalife memang satu perniagaan yang baik utk diceburi oleh semua kerana ia mementingkan Kekeluargaan, membantu org lain menjadi sihat dan yg sihat menjadi semakin sihat. Niat yg baik, ingin membantu org lain telah memberikan aku kekuatan utk menjalankan bisnes ini. InsyaALlah DIA akan membantu anda. Bagi aku, walaupun aku xdpt jual produk herbalife semalam namun aku fikir aku perlu bersabar kerana ALLAH akan bersama aku selepas ini kerana ALLAH suka org yg sabar..

No comments:

Post a Comment