Wednesday, August 10, 2011

Ergggghhh Kenyangnye

Syukur pada Allah atas segala nikmat yang diberikan kepadaku untuk hari ini. Syukur Ya Allah kerana memberi udara untuk dihirup hari ini. Syukur. Anda pun bersyukur la ye. Kenyang betul perutku hari ini. Minum air banyak sangat. Lalu dikatakan orang kenyang bodo iaitu kenyang air. Aku makan sikit je hari ni iaitu air soya cincau 2 cawan + nasi + Ayam Rempah + sambal pedas. Cukup, itu je yang aku makan. Dah pun kenyang. Alhamdulillah.

Hari ini ketika aku sedang asyik berniaga air soya cincau dan air limauku, aku ternampak rakan lama aku. Sama sekolah di Matang 2 dulu. Namanya Syukrie. Lama rasanya tidak berjumpa. Agak-agaknya dah lebih 10 tahun. Huuuu lama tu.

Banyak perubahan telah berlaku. Semua rakan-rakanku dahulu sudah banyak berubah. Semua ada tanggungjawab masing-masing termasuk aku. Sibuk sana, sibuk sini tak tentu pasal. Apa da. Suka sangat menyibukkan diri. Seronok juga bila berjumpa kembali melihat perubahan rakan-rakan sekolah dahulu.

Wahai rakanku, tahukah anda yang setelah kita mati nanti ada 3 perkara yang akan berterusan pahalanya iaitu doa anak yang soleh, sedekah amal jariah dan ilmu yang baik yang disampaikan. Jadi aku sebagai seorang hamba Allah yang lemah ini, ingin mengajak anda semua untuk meneruskan ilmu yang baik ini agar kita sama-sama mendapat pahala daripadanya.

Angkat tangan semua :

Ya Allah, aku bersyukur kepadamu Ya Allah atas segala nikmat yang Kau kurniakan. Ya Allah, curahkanlah rezekiMu kepada kami, berikanlah kami kekuatan untuk menempuhi hidup ini. Berikanlah kami sifat sabar agar kami dengan mudah menempuh hidup ini. Masukkanlah kami ke dalam syurgamu Ya Allah. Amin.

Ok rakan-rakan, moga Allah ampuni segala dosa kita ye. Jumpa lagi. tata titi tutu. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment