Sedar tak sedar, sudah 6 hari kita semua berpuasa pada tahun 2011 ini. Bagi aku, macam baru je 2 hari. Masa berlalu begitu pantas. Cukup pantas sehingga tidak disedari ia telah berlalu. Inilah tanda-tanda akhirnya dunia ini. Seminggu dirasakan sehari. Sehari dirasakan sejam. Sejam dirasakan seminit. Fuhhhh..Bahaya tu. Jadi, aku tidak boleh lagi membuang masa kerana ada banyak lagi perkara yang belum aku lakukan di dunia ini.
Mari berdoa sekejap ye : "Ya Allah, panjangkanlah umur kami, curahkan rezeki kepada kami Ya Allah Yg Maha Kaya. Jadikan aku kaya di dunia dan akhirat. Hanya dengan IzinMu baru aku dapat jadi kaya. Amin..
Hari ini, seawal subuh aku sudah bergerak menuju ke Sebuyou. Anda mungkin tidak tahu mana Sebayou. Kalau anda mahu tahu, jumpa saya. Saya bawa anda ke sana. Sepanjang perjalanan menuju ke sana yg mengambil masa kira-kira 2 jam, banyak benda yang dilihat. Kebesaran Allah. Wouuu indahnya pemandangan. Hijau banyak kelihatan namun tidak kurang juga pencemaran dan pencerobohan manusia. Sepanjang perjalanan, kelihatan banyak rumah burung walit yang dibuat. Huiyooo, memang kaya orang-orang yg buat rumah ni. Rumah bukannya setingkat tapi 3 tingkat wa cakap lu. Nak bagi burung ramai-ramai masuk kedalam tu, lagi byk masuk lagi byk duit masyuk. Dunia oh dunia.
Mencari harta dunia yg tiada kesudahan. Moganya mereka memikirkan akhirat juga sambil memikirkan hal dunia. Betapa rugi jika hanya fikirkan dunia sebab dunia hanyalahhhh sementara..woouwooooo..
Akhirat juga kekal selamanya. Ingat ye.
Yang aku seronok juga hari ini, dalam pejalanan melihat se geng budak-budak sedang berenang-renang di dalam parit yg jernih juga la airnya. Teringat aku zaman aku dulu-dulu. Selalu jugak layan berenang-renang ni. Best woooo. Bila tengok diorang tu, huuuu teringat woooo. Takda takut dan terfikir pun apa dalam parit tu..Entah ular ka, kaca ka, paku ka, buaya ka, langsung tak fikir masa tu. Yang difikirkan adalah keseronokan mandi besama kawan-kawan. Kini, tiada lagi semua itu sebab semua dah besau panjang. Dah jadi bapak orang, malu la. Sedih jugak mengenangnya. Alangkah indahnya semua itu namun itu semua hanya sementara. wooouwoooo...
Ok la semua, itu saja nukilan hari ini. Jumpa lagi esok ye..
No comments:
Post a Comment